Banjir kilat: Penduduk mohon bantuan bomba pindah ke tempat selamat

LocalEnvironment
19 Jan 2025 • 12:15 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Banjir kilat yang melanda Mukah. Foto tangkap layar video orang awam.

MUKAH - Empat penduduk di Skim Penempatan Semula Kuala Lama Mukah meminta bantuan pihak bomba untuk memindahkan mereka ke rumah anak masing-masing yang terletak di kawasan perumahan berdekatan, selepas dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat awal pagi Ahad.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PKO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, rumah-rumah mangsa didapati telah dimasuki air manakala jalan menuju ke rumah berkenaan juga ditenggelami banjir.

Beliau berkata, sebaik sahaja panggilan meminta bantuan untuk memindahkan mangsa-mangsa terjejas akibat banjir kilat berkenaan pada jam 7.09 pagi, PKO digerakkan segera ke lokasi dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda.

"Pemindahan di lokasi pertama melibatkan seorang wanita warga emas berusia 83 tahun ke rumah anaknya di Perumahan Orkid.

"Pemindahan di lokasi kedua pula melibatkan tiga mangsa terdiri daripada seorang dewasa dan dua kanak-kanak ke rumah anak di Perumahan Lavender,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved