Banjir: KPDN lantik pemborong, peruncit simpan barang kawalan lebihi kuota

LocalBusiness & Finance
12 Nov 2024 • 4:21 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Azman menunjukkan bekalan gula semasa mengadakan lawatan ke pemborong sempena pengurusan bencana bagi kesiapsiagaan keberadaan bekalan barangan keperluan di Wakaf Bharu, Tumpat.

image is not available
KPDN Kelantan melantik 133 pemborong dan peruncit untuk menyimpan barangan kawalan melebihi kuota bagi menghadapi musim tengkujuh di negeri ini.

TUMPAT - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan melantik 133 pemborong dan peruncit untuk menyimpan barangan kawalan melebihi kuota bagi menghadapi musim tengkujuh di negeri ini.

Pengarahnya, Azman Ismail berkata, mereka dibenarkan untuk menambah dan menyimpan barang kawalan berjadual sebanyak 30 peratus selama lima bulan bermula November hingga Mac depan.

"Bagi memastikan bekalan mencukupi serta mudah diperolehi semasa banjir, mereka (pemborong dan peruncit) boleh simpan stok melebihi daripada had simpanan sedia ada dengan CSA (lesen runcit barang kawalan berjadual).

"Antara 21 barang kawalan itu termasuk beras, minyak masak, gula, susu, gandum dan beberapa barang keperluan lain," katanya semasa sidang akhbar pada Selasa.

**media[2885228]**

Sebelum itu beliau mengadakan lawatan ke kedai pemborong sempena pengurusan bencana bagi kesiapsiagaan keberadaan bekalan barangan keperluan di Wakaf Bharu di sini.

Menurut beliau, untuk persediaan lain KPDN juga merancang untuk mengadakan jualan Rahmah ketika musim banjir.

Ujarnya, banjir di Kelantan mengambil masa lama untuk surut, banyak kawasan yang terkepung serta terputus hubungan.

"Jika diadakan jualan Rahmah di lokasi tertentu, ramai yang tak dapat keluar kerana terkepung.

"Oleh itu jualan Rahmah akan diadakan di kedai pemborong atau peruncit yang terlibat bagi memudahkan urusan orang ramai," katanya.

View Original Article