Banjir: KTMB Mula Batal Tren Ke Pantai Timur

29 Nov 2024 • 9:30 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Perkhidmatan tren KTM Intercity di laluan Pantai Timur terjejas susulan keadaan banjir dan tanah mendap di beberapa kawasan yang menjejaskan operasi tren penumpang.

Setakat semalam, kawasan yang dikenal pasti tidak selamat untuk perkhidmatan kereta api akibat paras air melebihi tahap rel adalah di KM493 hingga KM490.85 iaitu antara Pasir Mas dan Tanah Merah.

image is not availableimage is not available

Untuk itu, Ketua Pegawai Operasi Keretaapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Mohd Zain Mat Taha berkata, KTM Intercity untuk perjalanan ke Pantai Timur membabitkan tren Ekspres Rakyat Timuran No 27 bagi laluan JB Sentral ke Tumpat sudah dibatalkan.

“Perkhidmatan tren terpaksa dibatalkan demi keselamatan penumpang dan kami akan memaklumkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa," katanya dalam kenyataan.

Bagaimanapun, KTMB akan memulangkan tambang penuh kepada penumpang yang terkesan dan tidak meneruskan perjalanan.