Banjir: Lebih 300 mangsa berlindung di lima PPS di Perak

LocalEnvironment
25 Jun 2026 • 8:59 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Banjir: Lebih 300 mangsa berlindung di lima PPS di Perak
Perak merekodkan sejumlah 348 orang daripada 118 keluarga yang dipindahkan di lima PPS di daerah Kampar dan LMS pada Khamis. Foto: FB APM Perak

IPOH - Perak merekodkan sejumlah 348 orang daripada 118 keluarga yang dipindahkan di lima pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Kampar dan Larut, Matang & Selama (LMS) pagi ini, susulan banjir sejak lewat petang semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan, sebanyak 297 orang daripada 102 keluarga ditempatkan di empat PPS yang mula dibuka sejak semalam, iaitu di Dewan Perdana Trong, Dewan Terbuka Masjid Al-Wusta, Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Ibol dan SK Matang Gelugor di daerah LMS.

Sebanyak 51 orang daripada 16 keluarga pula masih berlindung di PPS Dewan Bandaran Gopeng di daerah Kampar sejak 20 Jun lepas akibat kawasan rumah mereka di Kg Ulu Geruntum, Kuala Razila, terputus hubungan susulan jambatan runtuh akibat kepala air.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran Perak memaklumkan paras air di Sungai Slim di Slim River berada pada paras bahaya, iaitu 26.38 meter berbanding paras normal 23.5 meter.

Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan cuaca di lima daerah, iaitu Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar dan Batang Padang diramalkan berlaku ribut serta hujan pada sebelah petang dan malam. -  Bernama 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved