Banjir: Masalah pernafasan, jangkitan kulit kes tertinggi

7 Dec 2024 • 1:55 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menyantuni kanak-kanak yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Maktab Rendah Sains Mara Tumpat pada Sabtu. Foto Bernama

TUMPAT - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan masalah pernafasan merupakan kes kesihatan yang paling tinggi dihadapi oleh mangsa banjir apabila 6,730 kes telah direkodkan sehingga Jumaat.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, ia diikuti penyakit kulit 3,021 kes, Acute Gastroenteritis (AGE) (298), konjunktivitis (190), Chicken Pox (20) dan Hand Foot and Mouth Disease (HFMD)(13).

"Tiada wabak penyakit berjangkit dilaporkan di PPS (pusat pemindahan sementara). Kesemua kes penyakit berjangkit adalah sporadik dan stabil," katanya semasa sidang akhbar pada Sabtu.

Beliau sebelum itu menyantuni mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan sementara (PPS) Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tumpat di sini.

Dalam perkembangan sama, beliau memberitahu, KKM telah menggerakkan pasukan Rapid Assessment Team (RAT) dan pasukan

Rapid Response Team (RRT) di setiap negeri terjejas banjir bagi memberi perkhidmatan kesihatan kepada mereka di PPS.

Ujarnya, sebanyak 119 pasukan RAT dan 109 pasukan RRT telah memberikan perkhidmatan kesihatan kepada 21,032 mangsa banjir di kesemua 89 PPS.

Beliau berkata, keadaan banjir semakin pulih dengan penurunan jumlah mangsa banjir sebanyak 10,642 kepada 10,390 mangsa ditempatkan di 61 PPS berbanding hari sebelumnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved