Banjir: MB turun padang tinjau situasi di Klang jam 2 pagi

17 Nov 2022 • 9:31 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 17 NOV: Dato’ Menteri Besar turun padang meninjau keadaan di Taman Melawis, Klang dan kawasan berhampiran sekitar jam 2 pagi tadi susulan hujan lebat berterusan di negeri ini.

Dato’ Seri Amirudin Shari memaklumkan pihaknya memantau keadaan pam air di Taman Melawis dan mendapati ia berfungsi dengan baik namun taburan hujan yang tinggi menyebabkan air naik di kawasan perumahan.

Justeru, beliau berkata arahan dikeluarkan kepada pihak berkaitan supaya bantuan segera dihulurkan kepada penduduk terlibat.

“Jam 2 pagi saya di pam air Taman Melawis. Pam ini berfungsi dengan baik ketika ini tetapi taburan hujan yang tinggi menyebabkan air naik di kawasan perumahan. Arahan telah diberikan utk bantuan segera kepada para penduduk.

“Jam 2.45 pagi saya turun di Taman Melawis melihat keadaan banjir bersama YDP (yang dipertua) Majlis Perbandaran Klang, pihak JPS (Jabatan Pengairan dan Saliran) dan persatuan penduduk.

“Projek tebatan banjir telah dimulakan namun menghadapi kesukaran. Saya akan berhubung dgn pihak KTM esok untuk menyelesaikan masalah ini,” katanya menerusi Facebook.

Pada 11 November, Amirudin menyifatkan pembubaran parlimen ketika musim banjir bagi mengadakan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) sebagai satu kesilapan.

Menurut beliau, bencana yang berlaku bukan hanya menyebabkan mangsa terganggu malah pegawai daerah yang terlibat dalam pilihan raya.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved