Banjir Nepal-China: Korban meningkat 1,410, lebih 5,650 masih hilang

WorldEnvironment
9 Sep 2026 • 6:20 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Banjir Nepal-China: Korban meningkat 1,410, lebih 5,650 masih hilang

ISLAMABAD, 9 SEPT: Angka korban akibat banjir besar di kawasan sempadan Nepal-China meningkat kepada 1,410 orang selepas 10 lagi mayat ditemukan, manakala lebih 5,650 orang masih hilang, lapor Anadolu Ajansi memetik statistik rasmi yang dikeluarkan pada Rabu.

Data rasmi Nepal dan China menunjukkan 848 daripada mereka yang masih hilang ialah warga asing.

Pihak Berkuasa Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan Nepal memaklumkan sekitar 1,367 mayat telah ditemukan di daerah yang terjejas banjir di negara itu.

Setakat ini, pasukan penyelamat telah menyelamatkan lebih 13,600 orang, termasuk operasi terbaru pada hujung minggu lalu.

Sementara itu, angka korban di Wilayah Autonomi Xizang di barat daya China, yang juga dikenali sebagai Tibet, kekal 43 orang.

Seramai 519 orang termasuk 261 warga asing masih hilang di wilayah itu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved