Banjir Nepal: Sijil anggapan kematian dijangka dikeluarkan awal Disember - Ramanan

LocalPolitics
25 Nov 2026 • 7:13 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Banjir Nepal: Sijil anggapan kematian dijangka dikeluarkan awal Disember - Ramanan
Ramanan berucap pada Majlis Penyerahan Bantuan kepada Keluarga Mangsa Banjir Nepal 2026 di Menara Perkeso. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Sijil anggapan kematian mangsa tragedi banjir dan tanah runtuh di Nepal dijangka dikeluarkan seawal Disember ini selepas Kementerian Luar menerima dokumen berkaitan daripada pihak berkuasa negara berkenaan.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan berkata, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan melaksanakan proses pengeluaran sijil berkenaan sebaik sahaja menerima dokumen pengesahan daripada Kerajaan Nepal.

"Saya dapat kepastian daripada Ketua Pengarah JPN (Datuk Badrul Hisham Alias) bahawa sebaik sahaja dokumentasi dikeluarkan Kementerian Luar yang diterima daripada pihak Nepal, beliau bersedia untuk keluarkan secepat mungkin.

"Kami menjangkakan proses itu dapat diselesaikan seawal Disember,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Bantuan kepada Keluarga Mangsa Banjir dan Tanah Runtuh di Nepal di Menara Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di sini pada Rabu.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perkeso, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed, Pengasas Bersama Solidariti Malaysia: Keluarga Dalam Harapan (MASFIH), Dr Manivannan Rethinam serta ahli keluarga mangsa.

Pada persidangan Dewan Rakyat pada Rabu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, urusan pengisytiharan anggapan kematian 54 rakyat Malaysia yang hilang dalam tragedi banjir di Nepal tertakluk sepenuhnya kepada prosedur perundangan dan mekanisme pentadbiran negara itu.

Beliau berkata, JPN hanya boleh mengeluarkan sijil kematian rasmi di bawah Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299) selepas pihak berkuasa di lokasi insiden mengeluarkan pengesahan terlebih dahulu.- Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved