Banjir Sabah: Paras air masih tinggi, laluan utama dan kampung tenggelam

21 Feb 2026 • 10:39 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Rumah penduduk yang masih dinaiki air banjir ketika tinjauan Sinar Harian hari ini.

PITAS - Walaupun hujan telah berhenti, keadaan banjir di Pitas masih menjejaskan beberapa kawasan apabila beberapa jalan utama tidak dapat dilalui kenderaan kecil berikutan paras air yang masih tinggi.

Tinjauan Sinar Harian di Kampung Taka dan Kabatasan Laut mendapati rumah penduduk turut dinaiki air, khususnya di kawasan rendah yang masih ditenggelami banjir.

Setakat jam 8 pagi Sabtu, sebanyak 30 kampung di daerah ini terjejas dengan 1,515 mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Selain Pitas, dua lagi daerah yang turut terjejas akibat banjir di negeri ini ialah Kota Marudu dan Paitan, dengan jumlah mangsa masing-masing 1,978 dan 192 orang.