Banjir: Satu PPS dibuka di Pokok Sena, tempatkan 200 mangsa

LocalEnvironment
4 Oct 2025 • 9:11 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

ALOR SETAR, 4 OKT: Satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Pokok Sena, malam tadi, iaitu di Dewan Serbaguna Pokok Sena bagi menempatkan 200 mangsa daripada 50 keluarga yang terjejas banjir.

Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata kesemua mangsa dari Mukim Gajah Mati, Mukim Tualang dan Mukim Derang itu ditempatkan di PPS itu yang dibuka pada 11 malam tadi.

“Kawasan-kawasan yang terlibat dari mukim berkenaan ialah Taman Puteri, Kampung Sungai Durian, Kampung Temusu dan Kampung Pulau Nyor. 

“Tiga sungai di Kedah menunjukkan paras air bahaya, iaitu Sungai Nawa di Kampung Pokok Sena Lama, Pokok Sena; Sungai Chepir di Titi Pekan Sik, Sik dan Sungai Ketil di Kampung Bongor, Baling,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata tiga lagi sungai berada pada tahap amaran, iaitu Sungai Muda di Ampang Jajar, Kuala Muda; Sungai Bata di Kampung Bata, Kubang Pasu dan Sungai Naka di Naka, Padang Terap.

Beberapa kawasan di negeri ini dinaiki air berikutan hujan lebat sejak 2 petang, semalam.

-- BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved