Banjir Selangor: AmBank tawar bantuan banjir, moratorium pembiayaan hingga enam bulan 

LocalBusiness & Finance
12 Nov 2026 • 9:53 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Banjir Selangor: AmBank tawar bantuan banjir, moratorium pembiayaan hingga enam bulan 

SHAH ALAM, 12 NOV: AmBank Group menawarkan bantuan kewangan kepada pelanggan individu dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas akibat banjir di beberapa kawasan di Selangor, khususnya Shah Alam dan Klang.

Menerusi program Bantuan Banjir, pelanggan yang layak boleh memohon moratorium bayaran pembiayaan bulanan sehingga enam bulan bagi meringankan beban kewangan sepanjang tempoh pemulihan.

Selain itu, AmBank turut menawarkan pengecualian caj berkaitan atau penggantian buku cek serta kad ATM, debit dan kredit kepada pelanggan yang terjejas.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AmBank, Jamie Ling berkata pihaknya komited membantu pelanggan yang berdepan kesukaran susulan bencana banjir, termasuk memastikan mereka mempunyai ruang kewangan untuk memulihkan kehidupan dan perniagaan.

“Kami bersedia membantu pelanggan sebaik mungkin dalam tempoh sukar ini. Bantuan yang disediakan bertujuan mengurangkan beban kewangan pelanggan supaya mereka dapat memberi tumpuan kepada usaha pemulihan dan mengembalikan sumber pendapatan,” katanya dalam kenyataan pada 10 November.

Menurut AmBank, bantuan berkenaan turut terbuka kepada pelanggan di kawasan lain yang dikenal pasti sebagai kawasan bencana banjir oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Pelanggan yang ingin memohon atau mendapatkan maklumat lanjut mengenai program Bantuan Banjir boleh melayari laman sesawang AmBank.

Sementara itu, pelanggan boleh menggunakan aplikasi atau laman sesawang AmOnline bagi urusan perbankan harian, manakala bantuan lanjut boleh diperoleh menerusi Pusat Hubungan AmBank di talian 03-2178 8888, dari jam 9 pagi hingga 9 malam.

Pelanggan PKS dan korporat pula disaran menghubungi pengurus perhubungan masing-masing untuk mendapatkan bantuan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved