Banjir Selangor: Beberapa Kawasan Di Selangor Mula Dinaiki Air Hujan Lebat Malam Tadi

17 Nov 2022 • 12:58 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Beberapa kawasan di Selangor dilaporkan telah mula dinaiki air ekoran hujan lebat yang melanda hampir keseluruhan lembah klang malam tadi.

Menurut laporan Bernama, antara kawasan yang terjejas dan dinaiki air termasuk Bukit Lanchong dan Taman Sri Muda, Shah Alam. Selain itu, Bukit Sentosa, Kota Raja dan Taman Sri Andalas, Klang juga turut dinaiki air.

Dalam pada itu, menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, pasukan bomba sedang meninjau dan memulakan operasi di kawasan-kawasan terlibat.

Berita lanjut menyusul dari masa ke semasa.

Sumber: Bernama