Banjir semakin pulih, jumlah mangsa di Selangor, Perak menurun

LocalEnvironment
22 Oct 2024 • 10:43 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Penduduk setempat, Mazlan Md Zin, 45, menyelamatkan kambing ternakan beliau ketika tinjauan di kawasan yang terjejas akibat banjir di sekitar daerah Hilir Perak. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Keadaan banjir di Perak dan Selangor semakin pulih, dengan jumlah mangsa menurun kepada 465 orang setakat jam 9 pagi, berbanding 498 petang semalam.

Menurut Laporan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), di PERAK seramai 354 mangsa daripada 102 keluarga masih berlindung di lima pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah melibatkan Hilir Perak, Perak Tengah dan Kerian.

Di SELANGOR, seramai 111 mangsa daripada 41 keluarga ditempatkan di tiga PPS yang beroperasi di dua daerah iaitu Sabak Bernam dan Kuala Selangor.

Sementara itu, laman sesawang Public Infobanjir memaklumkan dua sungai Di Sarawak berada pada paras bahaya, termasuk stesen Marudi dan Sungai Dausan. - Bernama