Banjir: Situasi Di Kelantan Terkawal, Tidak Perlu Isytihar Darurat – Timb SUK Pengurusan Negeri

LocalPolitics
28 Nov 2024 • 3:12 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Banjir: Situasi Di Kelantan Terkawal, Tidak Perlu Isytihar Darurat – Timb SUK Pengurusan Negeri

KOTA BHARU, 28 November (Bernama) — Tiada keperluan mengisytiharkan darurat bencana banjir di Kelantan kerana situasi masih terkawal, kata Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) (Pengurusan) Datuk Ab Pattah Hasbullah.

Beliau berkata darurat hanya akan diisytiharkan sekiranya situasi banjir di negeri ini semakin memburuk dan tidak terkawal.

“Masih terlalu jauh untuk menentukan ke arah pengisytiharan darurat, setiap hari kita mengadakan mesyuarat bencana di peringkat negeri.

“Dalam mesyuarat yang dipengerusikan Datuk SUK negeri, kita berbincang dan akan maklum kepada Menteri Besar Kelantan sebelum dibawa ke NADMA (Agensi Pengurusan Bencana Negara) dan memaklumkannya kepada Perdana Menteri untuk menentukan sama ada perlu darurat atau tidak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media khas Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Sumber: Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved