Banjir: Solat hajat di masjid seliaan Jakim malam ini

28 Dec 2023 • 6:10 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Solat hajat akan dimulakan malam ini hingga selepas solat Jumaat esok bagi mendoakan keselamatan dan kesejahteraan negara daripada musibah banjir. Foto hiasan

PUTRAJAYA - Solat hajat di Masjid Negara di Kuala Lumpur serta Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini akan dimulakan malam ini hingga selepas solat Jumaat esok bagi mendoakan keselamatan dan kesejahteraan negara daripada musibah banjir.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata, selain itu kutipan derma bagi membantu mangsa banjir juga akan diadakan di ketiga-tiga masjid seliaan jabatan itu esok.

"Orang ramai dijemput untuk sama-sama menyertai pengimarahan masjid dan menyertai solat hajat, di samping menghulurkan sumbangan derma kepada mangsa banjir sebagai tanda solidariti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, Jakim turut memohon kerjasama majlis dan Jabatan Agama Islam Negeri untuk bersama-sama menggerakkan program munajat, solat hajat dan berdoa supaya negara diselamatkan dari musibah.

Terdahulu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dalam kenyataan memohon masjid dan surau di seluruh negara mengadakan solat hajat mendoakan keselamatan dan kesejahteraan negara serta seluruh mangsa banjir. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved