Banjir surut: KWSP buka semula cawangan Jerteh, Kuala Krai

20 Dec 2022 • 10:29 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
KWSP membuka semula cawangannya di Jerteh, Terengganu, dan Kuala Krai, Kelantan, bermula Isnin berikutan keadaan banjir di kawasan tersebut yang telah surut. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membuka semula cawangannya di Jerteh, Terengganu, dan Kuala Krai, Kelantan, bermula Isnin berikutan keadaan banjir di kawasan tersebut yang telah surut.

"KWSP ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan.

"Walaupun situasi banjir di daerah yang terkesan menunjukkan tanda pulih, KWSP ingin menasihati ahli untuk terus berhati-hati dan berwaspada,” katanya dalam satu kenyataan.

Kedua-dua cawangan berkenaan terpaksa ditutup untuk sementara waktu semalam berikutan banjir di beberapa kawasan di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. - Bernama