
Banjir Surut, Penduduk Aceh Terkejut Temui Bangkai Gajah Ditimbun Kayu
Indonesia— Penduduk Desa Meunasah Lhok, Aceh dikejutkan dengan penemuan bangkai seekor gajah yang tertimbun di balik kayu dan lumpur selepas banjir mula surut.
Menurut Kumparan, penemuan ini menggemparkan ramai kerana gajah jarang muncul di kawasan tersebut.
Haiwan yang dilindungi itu dipercayai hanyut dari kawasan hutan ekoran dari arus deras banjir.
Tambahan lagi, banjir besar telah berlaku akibat limpahan dari Sungai Meuredu pada Selasa (25 November 2025).
Para petugas dan warga sekitar beranggapan mungkin gajah tersebut terseret arus banjir hingga terbawa ke kawasan perumahan sekitar.
BACA: Banjir Kilat & Tanah Runtuh Di Sumatera Utara, Penduduk Bertempiaran Lari Selamatkan Diri
Lebih menyayat hati, turut tular di laman sosial keadaan bangkai gajah tersebut yang tersepit di antara celahan-celahan kayu.

Banjir yang melanda Sumatera baru-baru ini turut mengakibatkan kemusnahan besar terutamanya tanaman, haiwan peliharaan, serta tempat tinggal.
Bukan itu sahaja, banjir kali ini juga turut disusuli dengan tanah runtuh di beberapa kawasan dan telah menimbus beberapa rumah serta turut mengorbankan beberapa orang.



