Banjir, tanah runtuh Sumatera: 303 maut, ratusan lagi hilang

30 Nov 2025 • 10:20 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

ANKARA, 30 NOV: Banjir dan tanah runtuh di Pulau Sumatera, Indonesia mengorbankan sekurang-kurangnya 303 nyawa, manakala 279 lagi dilaporkan hilang, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik kenyataan Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) pada Sabtu.

Ketua BNPB, Suharyanto berkata setakat ini, 166 orang terkorban di Sumatera Utara dengan 143 lagi masih hilang, menurut laporan Kompas TV.

Sementara itu, 47 kematian dan 51 orang dilaporkan hilang di Aceh, manakala 90 orang lagi disahkan meninggal dunia di Sumatera Barat.

Suharyanto berkata Sumatera Utara merupakan wilayah paling terjejas.

Memasuki hari keempat operasi, usaha mencari dan menyelamat masih berdepan cabaran akibat bentuk muka bumi, jalan akses yang rosak serta cuaca buruk.

Banyak kawasan terjejas masih belum dapat diakses dan pihak berkuasa bimbang angka korban bertambah.

“Terdapat lokasi-lokasi yang masih belum dapat kita capai, dan petunjuk mengenai kemungkinan mangsa tambahan agak tinggi,” katanya.

Pasukan mencari dan menyelamat kini beroperasi di darat dan udara, namun keadaan geografi yang sukar menyekat penggunaan jentera berat.

Pegawai turut menggesa kerajaan wilayah untuk mempercepat penubuhan pos perubatan dan dapur awam di pusat pemindahan paling sibuk.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved