Bank Data Negara (NDR) Akan Beroperasi Menjelang 2026

LocalBusiness & Finance
12 Nov 2025 • 2:29 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Kerajaan sedang merancang untuk melaksanakan Bank Data Negara (National Data Repository, NDR) menjelang 2026. Ini adalah untuk menambah baik penyampaian perkhidmatan awam menerusi integrasi data yang lebih baik menurut Timbalan Menteri Digital, Datuk Wilson Ugak Kumbong di Parlimen hari ini.

image is not available

Beberapa langkah telahpun dimulakan seperti menjalankan kajian komprehensif untuk menilai keperluan ekosistem semasa, mewujudkan dasar pengurusan data peringkat nasional, menyeragamkan format penyimpanan data di semua agensi serta mengenal pasti keperluan infrastruktur dan tenaga kerja.

Integrasi data kerajaan menerusi NDR akan membolehkan maklumat daripada pelbagai agensi dipaparkan sekaligus membolehkan permohonan bantuan dilakukan dengan lebih cepat dan mudah serta pengagihan bantuan kepada rakyat yang lebih bersasar.

NDR turut akan menyatukan data daripada pelbagai kementerian dan agensi di bawah satu platform tunggal untuk meningkatkan kecekapan dan mengurangkan pertindihan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved