Bank digital fokus segmen pelanggan khusus, bukan saingi bank konvensional – CEO KAF Digital

LocalBusiness & Finance
1 Oct 2025 • 3:10 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Bank digital fokus segmen pelanggan khusus, bukan saingi bank konvensional – CEO KAF Digital

image is not available

01/10/2025 - 15:10

KAF Digital Bank Bhd, Rafiza Ghazali

KUALA LUMPUR 1 Okt – Kehadiran bank digital di Malaysia bukan untuk bersaing dengan bank konvensional, sebaliknya menawarkan pilihan tambahan kepada pengguna khususnya generasi muda, tegas Ketua Pegawai Eksekutif KAF Digital Bank Bhd, Rafiza Ghazali.

Beliau berkata, bank digital tidak dibangunkan untuk menandingi kapasiti besar bank konvensional, sebaliknya menumpukan khidmat kepada segmen pelanggan dengan lebih khusus.

“Kami tidak dicipta untuk bersaing dengan bank konvensional kerana saiz mereka jauh lebih besar.

“Bank digital diwujudkan bagi memberi lebih banyak pilihan kepada pasaran seiring dengan perubahan teknologi.

“Sudah tentu generasi muda menjadi sasaran kerana mereka lebih selesa berurusan dengan bank menggunakan teknologi terkini,” katanya kepada pemberita selepas majlis pembentangan Tinjauan Literasi Kewangan Malaysia 2025 (RMFLS).

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan yang menyatakan bank digital hanya menyumbang kurang daripada 0.1% daripada keseluruhan sistem perbankan di Malaysia.

Laporan itu juga mendedahkan baki deposit bank digital turut mencatat penurunan antara 5 hingga 17% bagi tempoh Disember 2024 hingga Jun 2025.

Mengulas hala tuju menjelang pembentangan Belanjawan 2026 pada 10 Oktober depan, Rafiza menggesa wujud kerjasama lebih erat antara bank digital, kerajaan dan pemain industri bagi memperkukuh ekosistem kewangan.

“Dari pihak kami, fokus adalah meningkatkan kesedaran dan capaian. Tahun lalu kami menggalakkan penyertaan dalam Program i-Tekad.

“Bank digital tidak boleh bergerak sendirian sebaliknya memerlukan kerjasama lebih kukuh dengan kerajaan serta industri kerana ia amat penting untuk hala tuju masa depan,” jelasnya.-- BERNAMA

standard

View Original Article