Bank Dunia naikkan unjuran pertumbuhan 2026 Malaysia kepada 4.4 peratus

Business & Finance
9 Apr 2026 • 1:05 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Dr Apurva (Kiri) bercakap ketika taklimat mengenai Bahagian 1 MEM April 2026 Bank Dunia di Kuala Lumpur pada Khamis.

KUALA LUMPUR - Kumpulan Bank Dunia menaikkan unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia untuk 2026 kepada 4.4 peratus daripada 4.1 peratus berdasarkan permintaan domestik yang berdaya tahan, kata Ketua Ahli Ekonominya bagi Malaysia Dr Apurva Sanghi.

Beliau berkata, pertumbuhan akan didorong terutamanya oleh penggunaan swasta, disokong oleh keadaan pasaran tenaga kerja yang menggalakkan, kenaikan gaji dan langkah-langkah sokongan pendapatan oleh kerajaan.

"Kami menjangka permintaan domestik akan kukuh tahun ini berikutan dinamik pasaran tenaga kerja yang menggalakkan, dengan gaji median sebenar meningkat sebanyak enam peratus tahun lepas serta sokongan kerajaan yang berterusan apabila diperlukan.

"Oleh itu, penggunaan swasta adalah penyumbang utama kepada pertumbuhan,” katanya kepada pemberita pada Khamis. 

Beliau berkata demikian pada taklimat mengenai Bahagian 1 Pemantauan Ekonomi Malaysia (MEM) April 2026 Bank Dunia, bertajuk 'Menaikkan Siling, Menaikkan Lantai, Memacu Agenda Pekerjaan dan Produktiviti Malaysia’ di sini. - Bernama 

 

 

 

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved