Bank Kuasa Tinggi Watt UGREEN Teman Terbaik Si Pengembara

TechnologyDigital
26 Aug 2024 • 9:22 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

Salah satu isu yang sering dihadapi oleh pengembara atau mereka yang sering dalam perjalanan ialah untuk memastikan telefon pintar dan peranti lain sentiasa mempunyai bateri untuk berfungsi.

Dek itulah permintaan terhadap penyelesaian pengecasan yang mudah dan boleh dipercayai kian melonjak. Memahami situasi pasaran, pakar produk pengecasan, UGREEN, berazam memenuhi keperluan ini dengan melancarkan Siri Nexode Power Bank baharu.

Dengan rekaan yang mengutamakan gaya hidup moden, penyelesaian pengecasan tinggi watt dan pantas ini akan memastikan peranti anda sentiasa dicas, supaya anda boleh kekal berhubung dan produktif tidak kira walau di mana juga anda berada.

Siri Nexode Power Bank menampilkan dua model output tinggi dengan kapasiti pengecasan melebihi 100W.

image is not available

Ia bukan hanya mampu mengecas telefon pintar, tablet dan peranti lain dengan pantas, tetapi juga komputer riba pada saat kecemasan, lantas memberi ketenangan fikiran kepada profesional dan individu yang sering dalam perjalanan.

“Dengan reka bentuk padat dan ciri pengecasan pantas, siri Nexode Power Bank kami mempermudah gaya hidup sesiapa sahaja yang sering dalam perjalanan,” kata Ketua Pemasaran Global UGREEN, Hailey Peng.

“Ketika perjalanan pasca pandemik terus melonjak, adalah jauh lebih penting lagi untuk peranti kita kekal dicas. Jadi, kami bukan hanya ingin memenuhi keperluan profesional yang sering dalam perjalanan, tetapi juga menyediakan produk yang serasi dengan keperluan mana-mana pengguna,” tambah beliau.

image is not available

Menerapkan Pelbagai Pensijilan Keselamatan Profesional

Siri Nexode Power Bank menampilkan dua model. UGREEN Nexode Power Bank 20000mAh 130W dilengkapi 2 port USB-C dan 1 port USB-A.

Model ini direka khususnya untuk perjalanan perniagaan jarak jauh, dan juga sesuai untuk aktiviti luar seperti perkhemahan dan fotografi.

Ia membekalkan sumber kuasa yang boleh dipercayai untuk peranti-peranti utama, dengan paparan TFT yang menyediakan maklumat seperti status bateri, watt dan voltan yang terperinci, berserta skrin emoji yang menakjubkan.

Sementara itu, UGREEN Nexode Power Bank 12000mAh 100W mempunyai 1 USB-C dan 1 port USB-A, menjadikannya sesuai untuk perjalanan sehari-hari. Model ini menawarkan pengecasan pantas untuk telefon dan peranti lain semasa perjalanan singkat.

image is not available

Kedua-dua model itu dilengkapi keupayaan pengecasan pantas 65W yang mampu mengecas peranti hanya dalam masa 1.5 jam, lantas membantu menjimatkan masa ketika dalam perjalanan.

Berbekalkan kapasiti untuk mengecas iPhone 15 sehingga empat kali, siri ini serasi dengan lebih 1,000 peranti, menjadikannya teman terbaik untuk anda yang sentiasa dalam perjalanan.

Bentuk lajur Nexode Power Bank yang inovatif memaksimumkan penggunaan ruang, menjadikannya ringan, padat dan mudah dipegang. Struktur pintar ini memastikan bank kuasa dapat muat dengan selesa dalam bagasi tangan atau tapak tangan anda.

Seperti pengecas-pengecas UGREEN lain yang unik, kedua-dua model itu juga memaparkan skrin emoji comel yang menunjukkan status pengecasan, sekali gus menonjolkan citarasa anda yang unik dan menyeronokkan.

Dengan ciri mudah alihnya, ia sesuai untuk perjalanan perniagaan yang singkat dan aktiviti luar, serta dilengkapi paparan LCD yang menunjukkan status bateri dan emoji yang comel.

Paling penting, reka bentuk siri Nexode Power Bank amat menitikberatkan soal keselamatan dengan menerapkan pelbagai pensijilan keselamatan profesional serta 13 lapisan ciri perlindungan keselamatan.

image is not available

Ini termasuk sel kuasa litium-ion gred automotif dengan jangka hayat yang panjang serta rangka kalis api V-0 bagi menjamin ketahanan dan keselamatan pengguna.

Selain itu, sistem pemantau suhu unik UGREEN, Thermal Guard™, menyediakan pengesanan suhu masa sebenar dan pelesapan haba berkelajuan tinggi bagi memberi pelindungan maksimum semasa pengecasan.

Siri Nexode Power Bank UGREEN ini menetapkan piawaian baharu dalam penyelesaian pengecasan mudah alih. Gabungan kuasa tinggi, reka bentuk inovatif dan ciri keselamatan berfungsi memenuhi keperluan gaya hidup moden, tidak kira anda seorang profesional atau pengembara yang sering dalam perjalanan.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh mengikuti akaun media sosial UGREEN di Facebook, Instagram dan TikTok. – Getaran, 26 Ogos 2024

Foto : UGREEN