Bank Negara Malaysia dijangka pertimbang kadar faedah lebih ketat – MIDF Research

Business & Finance
8 Aug 2023 • 9:50 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Bank Negara Malaysia dijangka pertimbang kadar faedah lebih ketat – MIDF Research

diyana

08/08/2023 - 09:50

KUALA LUMPUR 8 Ogos - MIDF Research tidak menolak kemungkinan Bank Negara Malaysia mempertimbangkan kadar faedah lebih ketat memandangkan permintaan domestik yang teguh dan berdaya tahan.

Susulan laporan Indeks Harga Pengeluar Perkhidmatan (IHPRP) Suku Kedua 2023 semalam, MIDF berkata, dengan perbelanjaan dijangka terus berkembang, IHPRP berkemungkinan mengekalkan inflasi pada suku-suku mendatang, tetapi penyederhanaan mungkin berterusan disebabkan kesan asas yang lebih tinggi.

Menurut firma penyelidikan tersebut, IHPRP purata 114.9 mata pada suku kedua 2023 adalah peningkatan 2.7% berbanding 111.9 pada suku yang sama tahun sebelumnya.

“Kebanyakan subsektor mencatatkan peningkatan pada suku ini, terutamanya aktiviti perkhidmatan penginapan serta makanan dan minuman yang meningkat 6.3% (1Q 2023: 8.3%) dan peningkatan subsektor pengangkutan sebanyak 4.8% (1Q 2023: 6.5%),” katanya dalam ringkasan ekonomi hari ini.

MIDF berkata inflasi IHPRP Malaysia perlahan kepada +2.7% tahun ke tahun (YoY) pada suku kedua tahun kalendar 2023 (2QCY23), daripada +3.4% YoY pada 1QCY2023, kenaikan paling perlahan dalam empat suku.

Jelasnya, kenaikan harga yang lebih perlahan itu terutamanya disebabkan inflasi pengangkutan sederhana, kedua terbesar dari segi wajaran dalam IHPRP, yang susut kepada paras terendah empat suku tahun +4.8% YoY (1QCY23: +6.5% YoY). - DagangNews.com