Bank Negara Malaysia selamat: Ketua Polis KL

20 Sep 2023 • 8:57 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan tidak menemukan sebarang bahan yang meragukan di Bank Negara Malaysia (BNM) selepas menjalankan pemeriksaan teliti susulan laporan ancaman bom di pusat kewangan negara itu hari ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara berkenaan dan memaklumkan kawasan BNM adalah selamat.

“Kami (polis) terima laporan kira-kira 3 petang tadi dan Unit Pemusnah Bom (UPB) telah dikerahkan ke tempat kejadian dan hasil pemeriksaan teliti yang dijalankan, tidak menjumpai apa-apa barang yang meragukan.

“Polis juga telah membuka satu kertas siasatan terhadap kes ancaman bom di BNM terbabit,” katanya. - 20 September, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved