Bank Negara Malaysia Tambah Senarai, OctaFX Kini Dibawah Senarai Amaran Pengguna Kewangan

30 Aug 2022 • 1:43 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

OctaFX ditambah dalam senarai amaran pengguna kewangan Bank Negara Malaysia

Bank Negara Malaysia Tambah Senarai, OctaFX Kini Dibawah Senarai Amaran Pengguna Kewangan. Terkini, Bank Negara Malaysia (BNM) menambahkan syarikat OctaFX di bawah senarai amaran pengguna kewangan.

Perkara ini dibuat bagi memastikan orang ramai tidak melabur diperkhidmatan kewangan dan pelaburan yang tidak dibenarkan di bawah undang-undang negara.

image is not available
Bank Negara Malaysia Tambah Senarai, OctaFX Kini Dibawah Senarai Amaran Pengguna Kewangan

OctaFX sebelum ini juga telah disenaraikan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

Ini bukan kali pertama syarikat OctaFX disenaraikan dalam senarai tersebut, malah sebelum ini, syarikat itu juga telah disenaraikan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SCM).

Tambahan OctaFX dalam senarai amaran pengguna kewangan di bawah BNM mungkin disebabkan syarikat itu sering dipromosikan oleh pelbagai pihak – terutamanya selebriti tempatan – walaupun tidak mempunyai pengesahan.

image is not available
Selebriti tempatan, Fizo Omar dan Wak Doyok, merupakan duta OctaFX.

Apakah Senarai Amaran Pengguna Kewangan BNM?

Senarai Amaran Pengguna Kewangan BNM merupakan sebuah panduan untuk meningkatkan kesedaran tentang entiti atau skim yang mungkin telah disalah anggap atau diwakili sebagai dilesenkan atau dikawal oleh BNM

Pengguna boleh merujuk kepada senarai ini sebagai salah satu daripada beberapa cara untuk menyemak sama ada entiti atau skim telah dikenal pasti sebagai entiti yang tidak diberi kuasa oleh BNM untuk menawarkan produk atau perkhidmatan kewangan yang dikawal selia oleh BNM.

image is not available
Gambar sekadar hiasan.

Dengan tambahan OctaFX dalam senarai ini, ia telah disahkan bahawa syarikat itu tidak mempunyai kelulusan oleh Bank Negara Malaysia.

Oleh itu, orang ramai dinasihatkan untuk tidak menyertai mana-mana program yang tidak dibenarkan atau menerima kelulusan dibawah undang-undang Malaysia.

Lagi di sini: