Bank Rakyat muncul pembida pilihan ambil alih Takaful Ikhlas - Bloomberg

LocalBusiness & Finance
29 Jul 2026 • 11:56 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Bank Rakyat muncul pembida pilihan ambil alih Takaful Ikhlas - Bloomberg Image from: Bank Rakyat muncul pembida pilihan ambil alih Takaful Ikhlas - Bloomberg hamden29/07/2026 - 11:56

KUALA LUMPUR 29 Julai - Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) dilaporkan muncul sebagai pembida pilihan untuk mengambil alih Takaful Ikhlas, unit insurans Islam milik MNRB Holdings Bhd, dalam urus niaga yang dianggarkan bernilai kira-kira RM1 bilion.

 

Menurut sumber yang mengetahui perkara itu, kedua-dua pihak kini sedang memuktamadkan butiran perjanjian dan dijangka mengemukakan permohonan kelulusan kepada Bank Negara Malaysia (BNM) sebelum penghujung bulan ini.

 

Bank Rakyat dikatakan mengatasi beberapa pemain industri lain untuk muncul sebagai pembeli paling berpotensi bagi aset berkenaan, kata sumber berkenaan lapor Bloomberg.

 

 

 

 

 

Menurut laporan itu lagi, bagaimanapun, perbincangan masih berjalan dan MNRB masih mempunyai pilihan untuk mengekalkan pemilikan Takaful Ikhlas sekiranya tiada persetujuan muktamad dicapai.

 

Seorang jurucakap MNRB berkata, syarikat sentiasa menilai pelaburan strategiknya sebagai sebahagian daripada proses pengurusan modal dan portfolio bagi mengoptimumkan pulangan kepada pemegang saham.

 

Sementara itu, Bank Rakyat dan Bank Negara Malaysia tidak memberikan sebarang maklum balas segera terhadap permintaan mendapatkan komen.

 

Tahun lalu, MNRB dilaporkan telah menghubungi beberapa syarikat insurans dan firma ekuiti persendirian bagi meninjau minat terhadap Takaful Ikhlas.

 

Ketika itu, syarikat reinsurans yang disokong oleh Permodalan Nasional Bhd (PNB) itu dikatakan meletakkan nilai sekitar RM1 bilion bagi perniagaan tersebut.

 

Ditubuhkan pada 2002, Takaful Ikhlas menawarkan produk perlindungan takaful yang mematuhi prinsip syariah. Berdasarkan maklumat di laman web MNRB, ia kini mempunyai kira-kira dua juta pemegang sijil serta lebih 5,000 ejen di seluruh negara.

 

 

 

 

 

Media sebelum ini melaporkan BNM telah meluluskan permohonan MNRB Holdings untuk memulakan perundingan bagi melupuskan Takaful Ikhlas.

 

Tiga pihak berpotensi untuk perbincangan ialah Bank Rakyat, Great Eastern Life Assurance Malaysia Bhd dan Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Bhd. - DagangNews.com

Terkini featured standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved