Bank Rakyat Tawar Moratorium Sehingga Enam Bulan Kepada Mangsa Banjir Di Seluruh Negara

LocalBusiness & Finance
27 Nov 2025 • 2:52 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Bank Rakyat Tawar Moratorium Sehingga Enam Bulan Kepada Mangsa Banjir Di Seluruh Negara

KUALA LUMPUR, 27 NOVEMBER 2025 – Bank Rakyat menawarkan bantuan penangguhan bayaran ansuran pembiayaan sehingga enam bulan kepada pelanggan individu dan perniagaan yang terjejas akibat bencana banjir yang berlaku di seluruh negara baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bank Rakyat, Ahmad Shahril Mohd Shariff dalam satu kenyataan berkata, kemudahan moratorium ini bertujuan untuk mengurangkan beban kewangan dan komitmen yang ditanggung oleh pelanggan dalam waktu yang mencabar ini.

“Kemudahan moratorium yang ditawarkan ini merangkumi produk Pembiayaan Peribadi-i, Pembiayaan Perumahan-i, Pembiayaan Kenderaan-i, Sewa Beli Kenderaan-i, Pembiayaan Pendidikan-i, Pembiayaan Mikro-i, Pajak Gadai-i serta Kad Kredit-i.

Pelanggan yang terjejas boleh memohon menerusi e-mel bantuanbanjir@bankrakyat.com.my dengan menyertakan nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat terjejas, nombor telefon bimbit untuk dihubungi, jenis pembiayaan serta salinan bil utiliti yang mengesahkan alamat pelanggan.

Manakala bagi pelanggan Kad Kredit-i boleh menghantar permohonan ke e-mel kkredit@bankrakyat.com.my. Pelanggan perniagaan juga boleh terus mengunjungi Pusat Perbankan Perniagaan (BBC) berhampiran bagi mendapatkan bantuan.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh melayari laman web rasmi Bank Rakyat di www.bankrakyat.com.my, hubungi Pusat Panggilan di talian 1 300 800 800 dan mengunjungi cawangan Bank Rakyat atau Susulan Berpusat (SB) yang berdekatan serta mengikuti media sosial rasmi Bank Rakyat bagi mendapatkan maklumat dari semasa ke semasa.

BACA: Bank Rakyat, Cenergi SEA Lancar Antara Projek Solar PV Bumbung Terbesar Bagi Sektor Kewangan Tempatan

The post Bank Rakyat Tawar Moratorium Sehingga Enam Bulan Kepada Mangsa Banjir Di Seluruh Negara appeared first on Siakap Keli.