Bank Simpanan Nasional Bekerjasama Dengan Union Pay – Akan Perkenal Sokongan Bayaran UnionPay QR

TechnologyDigital
19 Jan 2025 • 11:20 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Bank Simpanan Nasional (BSN) kini mengumumkan kerjasama strategik dengan UnionPay, dimana melalui langkah ini, BSN akan menyertai UnionPay sebagai ahli, sekaligus mengembangkan penawaran sistem pembayaran untuk merangkumi UnionPay, selain Visa, Mastercard dan juga MyDebit.

image is not available

Langkah ini juga akan memperlihatkan BSN memperluaskan sokongan pembayaran dan penerimaan yang turut meliputi pembayaran berasaskan QR. BSN dijangka perkenal sokongan untuk UnionPay QR di Malaysia menjelang pertengahan pertama 2025 untuk para pelanggan mereka. Ini sekaligus akan memudahkan pengguna domestik dan antarbangsa dalam melakukan pembayaran melalui sistem UnionPay QR.

Untuk makluman, UnionPay pada hari ini mempunyai kerjasama merentas 2600 institusi di seluruh negara, dan kad UnionPay diterima di 183 buah negara. Ia menawarkan sokongan pembayaran rentas sempadan pada kos yang rendah.

Pada hari ini, BSN merupakan pengeluar kad debit ketiga terbesar di Malaysia, dimana BSN pada hari ini menguruskan lebih enam juta kad debit dibawah mereka. Pengenalan sokongan UnionPay QR juga dijangka akan perluas lagi pengguna perkhidmatan BSN di Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved