Banting papar wajah Hannah Yeoh dikoyakkan

Politics
8 Nov 2022 • 10:02 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Bahan kempen Hannah Yeoh yang dirosakkan.

KUALA LUMPUR - Sekurang-kurangnya tiga poster serta banting calon Pakatan Harapan Segambut, Hannah Yeoh telah dirosakkan individu tidak bertanggungjawab.

Menerusi kemas kini di Facebook Hannah pada Selasa memaparkan bahan kempen tersebut yang digantung di tepi jalan telah dikoyak dan digunting.

Hannah menerusi perkongsian itu, meluahkan rasa sedih dengan kejadian tersebut dan mendakwa ia adalah serangan politik kotor.

"Vandalisme! Penduduk Taman Tun Dr Ismail maklumkan bahawa pagi ini, bendera PH telah ditarik keluar, sepanduk (banner) saya dipotong dan papan iklan saya dihancurkan di beberapa lokasi sekitar Taman Tun Dr Ismail (TTDI).

"Sedih kerana kami bukan orang kaya. Permainan politik kotor dan menjijikkan. Tolong bertanding secara bersih," kongsinya di Facebook.

Beliau turut meminta kerjasama daripada penduduk yang mempunyai rakaman kamera litar tertutup (CCTV) untuk berkongsi maklumat dengan menghantar emel hannah@hannahyeoh.com.

Penyandang kerusi Segambut itu turut memaklumkan laporan polis akan dilakukan berhubung kejadian tersebut.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15, Parlimen Segambut menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara V Prabagaran (Perikatan Nasional), Datuk Daniel Ling Sia Chin (BN) dan Hannah (PH).

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved