Bantu buat kali terakhir, 2 beradik masih kecil tahan tangis mandikan jenazah bapa

10 Dec 2024 • 7:03 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Bantu buat kali terakhir

Dua beradik bantu buat kali terakhir urusan memandikan jenazah bapa mereka yang meninggal dunia telah mengundang sebak apabila masing-masing menahan diri dari menangis sewaktu menyelesaikan tugas tersebut.

Menerusi perkongsian yang dibuat pengguna Facebook dikenali sebagai Ayh Mat Marang, dia akui sebak melihat dua beradik itu bersungguh-sungguh mahu bantu buat kali terakhir memandikan jenazah bapa walaupun masih kecil.

image is not available

Bantu buat kali terakhir, anak sulung baru 13 tahun

Ujar pengguna Facebook, anak sulung kepada allahyarham baru berusia 13 tahun dan bersekolah di Maktab Rendah Sains Mara, Kuala Berang bersama adik bongsunya telah membuatkan mereka yang berada di lokasi tersebut menitiskan air mata dengan pertanyaan yang diberikan.

Menurutnya, mereka bertanya kepada salah seorang petugas yang menguruskan jenazah berkenaan wajah bapa mereka, sama ada terlihat bersih atau sebaliknya.

“…salah seorang team kami juga tak mampu menahan sebak, bila anak sulong arwah bertanya, macam mana rupa “Abah saya Pakcik, Bersih suci tak?”

“Salah seorangg team kami tak mmpu menjawab. Sekadar berkata “Adik tahu, abah adik org baik, mesti adik tahu jawapannya…” ujar mereka.

image is not available

Bantu buat kali terakhir mandikan jenazah, tanya keadaan wajah bapa

Tambah Ayh Mat Marang lagi, mereka yang berada di situ benar-benar tersentuh sehingga mengalirkan air mata mendengar perbualan tersebut lebih-lebih lagi keadaan dua beradik itu yang masih kecil.

image is not available

Salam takziah buat mereka

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang menzahirkan ucapan takziah diatas pemergian bapa kepada dua beradik tersebut.

Mereka juga turut mendoakan agar urusan mereka dipermudah dan berharap kedua-dua beradik itu dapat membesar menjadi anak yang soleh.

image is not available

Semoga Allah beri kesabaran buat mereka

image is not available

Anak soleh, terus membesar jadi anak yang baik ye

image is not available

Semoga ahli keluarga yang ditinggalkan allahyarham kuat menempuhi ujian ini dan insan terdekat peka dengan keadaan anak-anak yatim yang pastinya sangat terkesan akan kehilangan bapa tersayang.

Sumber: Facebook Ayh Mat Marang