
RANAU: Bantuan Mesra Rakyat (BMR) yang disediakan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) membantu masyarakat luar bandar hidup lebih selesa dan seterusnya meningkatkan taraf hidup mereka.
Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr Joachim yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan berkata demikian ketika merasmikan majlis penyerahan kunci rumah sumbangan SESB di bawah BMR peringkat daerah di Kg Langsat, Khamis.
“Hari ini adalah hari yang bermakna buat SESB dan juga penerima rumah ini. Kita berkumpul di sini untuk menyaksikan penyerahan kunci rumah kepada Rose @ Roslinah Daimin.



