Bantu ringankan beban, TV AlHijrah tawar dua program buat Ebby Yus!

LocalEntertainment
27 Nov 2024 • 12:00 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
TV AlHijrah tawar dua program

Bagi meringankan beban, stesen televisyen, TV AlHijrah tawar dua program buat pelakon dan pelawak, Ebby Yus yang sedang derita pelbagai penyakit kronik.

Pengurus Pembangunan Kandungan TV AlHijrah, Nurjannah Mohd Salleh berkata kerjasama tersebut akan dilaksanakan bermula bulan Disember ini mengikut keadaan kesihatan Ebby Yus.

TV AlHijrah tawar dua program

@beritaalhijrah114

Replying to @Budak Perak Prihatin dengan nasib menimpa Pelakon Ebby Yus yang diuji penyakit buah pinggang kronik, TV AlHijrah menawarkan dua program kepadanya untuk membantu meringankan beban beliau.

♬ original sound - Berita AlHijrah - Berita AlHijrah

“Sekarang kita dah ada dua program untuk abang, tapi program ini tidak akan membebankan sebab lebih kepada studio dan kami akan ikut keupayaan serta waktu abang.

“Kita ada dua program iaitu dakwah live dalam studio secara langsung jam 9.00 malam, kita boleh jemput abang dari rumah dan hantar pulang semula.

“Satu lagi kita akan buat podcast empat episod untuk tahun 2025, dakwah live tu kita bulan pada bulan Disember,” katanya.

TV AlHijrah tawar dua program

image is not available

Sementara itu, Ebby atau nama sebenarnya Muhammad Yunus Abdul Rashid meluahkan rasa terharu dan memuji tindakan pantas stesen televisyen tersebut dalam menawarkan peluang pekerjaan kepada orang yang memerlukan.

Katanya lagi, dua program tersebut telah memberi sinar baharu dalam kehidupannya untuk mencari pendapatan memandangkan dia kini sudah tidak dapat berkarya dalam industri hiburan.

image is not available

“Kalau ikutkan saya boleh je minta sumbangan tapi saya malu pada diri sendiri dan Allah kerana saya boleh lagi bekerja. Mungkin tidak menggunakan kaki dan tangan tapi mulut.

“Tak sampai dua minggu TV AlHijrah datang ke rumah dan hari ini tawarkan saya dua program walaupun perkara itu akan datang tapi sekurang-kurangnya ada sinar untuk saya.

“Terima kasih kepada TV AlHijrah walaupun stesen tidak besar tapi membantu orang yang memerlukan seperti saya,” luahnya.

Terdahulu, ramai rakan artis menziarahi Ebby Yus dengan memberikan sumbangan termasuklah stesen radio Sinar, ratu cantik Jepun, Awie dan ramai lagi.

image is not available

Sumber: TikTok @Berita AlHijrah