Bantu Tidur Lena & Bina Sistem Imun, Ini Antara Kebaikan Beri Mentega Pada Bayi

Health & FitnessFamily & Parenting
5 Feb 2025 • 5:05 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Umum sedia maklum bahawa rata-rata bayi akan mula makan makanan pepejal setelah mencecah usia enam bulan.

Bagi persediaan tersebut, ibu bapa pasti akan melakukan pelbagai pembacaan dan kajian kendiri untuk memilih makanan terbaik buat si kecil.

Antara makanan yang kebiasannya diberikan kepada bayi baru mula makan adalah bubur dan puri kerana sifatnya yang lembut sekaligus dapat mengelak masalah tercekik.

Wanita Beri Satu Sudu Mentega Kepada Bayi Selepas Makan Malam

Ini mungkin suatu ilmu yang baharu buat rata-rata ibu bapa, namun bayi juga elok disuap makan mentega tulen selain makanannya dimasak menggunakan bahan itu.

Baru-baru ini, pengguna TikTok @amiyryuu berkongsi bahawa dia memberi bayinya satu sudu mentega.

Menurutnya, pemberian satu sudu mentega kepada bayi selepas makan malam boleh merangsang tidur yang lena dan membantu perkembangan otak si kecil. Katanya ini kerana mentega mempunyai lemak sihat yang bagus bagi otak bayi.

Dalam masa sama, dia turut mengingatkan ibu bapa agar memilih mentega tanpa kandungan garam dan tidak memberi banyak mentega kepada anak berumur dua tahun ke atas.

@amiyryuu

mommy daddy tahu tak? butter sangattt bagus untuk perkembangan dan pertumbuhan baby? 😍 sebab butter mempunyai lemak sihat yang sangat bagus untuk otak baby tau! 🧠✨ pilih butter yang unsalted dan untuk anak yang berumur 2 tahun ke atas tak boleh makan butter banyak banyak ye! 🤭 #fyp #foryouyoupage #foryoupage #masukberanda #masukberandafyp #abcxyz #xyzabc #xyzbcafypシ #fypage #fyppppppppppppppppppppppp #fypシ゚ #masukfyp #foryou #parents #baby #babiesoftiktok #momtok #momsoftiktok

♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

Tonton video [DI SINI].

Pelbagai Kebaikan Beri Mentega Pada Bayi

Amiy juga telah berkongsi tangkap layar carian Google yang menyenaraikan kandungan mentega yang bagus buat bayi iaitu:

  • Lemak sihat untuk perkembangan otak.
  • Kalori bagi membantu pertumbuhan dan perkembangan bayi.
  • Kolestrol diet yang melindungi sel usus dan menyokong pencernaan.
  • Vitamin A yang membantu membina sistem imun, selain memastikan penglihatan dan kulit yang sihat.
  • Vitamin E membantu kesihatan jantung.

Di samping itu, diingatkan juga bayi dengan alergi tenusu tidak boleh mengambil mentega.

PERINGATAN: Mentega yang dimaksudkan adalah mentega tulen dan bukan ‘butter blend’ serta marjerin.

Kekurangan Lemak Boleh Beri Kesan Buruk Pada Tumbesaran Bayi

Walaupun lemak disifatkan sebagai makanan yang tidak sihat, namun ia sebenarnya diet penting bagi bayi dan kanak-kanak kecil kerana mereka memerlukan tenaga yang banyak dan mempunyai kapasiti diet terhad.

Kekurangan asid lemak tertentu ketika kecil boleh memberi kesan kepada kematangan sistem saraf pusat, termasuk perkembangan visual dan kecerdasan otak.

Di samping itu, kajian mendapati bahawa kanak-kanak kecil yang mengambil diet dengan lemak kurang 30% mungkin tidak mendapatkan keperluan diet tenusu yang disarankan.

Menurut Healthline, mengehadkan pengambilan lemak tidak digalakkan bagi kebanyakan bayi dan kanak-kanak kecil.

Sebaliknya, mereka perlu mendapatkan separuh daripada kalori harian mereka daripada lemak, iaitu kira-kira 500 kalori bagi bayi berusia satu tahun.

Mengurangkan pengambilan lemak kepada 30% daripada kalori yang diambil boleh dilakukan selepas usia dua tahun, namun kebaikannya masih belum dibuktikan.