Bantuan Awal Persekolahan bernilai lebih RM67 juta untuk pelajar di Sabah

14 Feb 2024 • 1:44 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Kerajaan Persekutuan memperuntukkan lebih RM67 juta Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bagi membantu pelajar sekolah rendah dan menengah di Sabah.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata setiap pelajar dari Tahun Satu hingga Tingkatan 6 akan menerima RM150.

“Saya yakin bantuan ini sekurang-kurangnya dapat meringankan beban perbelanjaan ibu bapa dalam menyediakan keperluan pelajaran anak-anak menghadapi sesi pertama persekolahan dan diharap dapat mengikuti pelajaran dengan baik.

“Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Kementerian Pendidikan Malaysia kerana menyediakan peruntukan lebih RM67 juta kepada pelajar Sabah.

SPONSORED CONTENT Mengalum for world’s first net ­zero carbon island resort Taiwan’s Sinyi Group is on track to unveil the world’s first unique net zero carbon island resort on Mengalum Island. . Read more “Proses penyaluran bantuan kepada pelajar juga tersusun dan berkesan yang dijalankan oleh Pejabat Pendidikan Daerah dengan bantuan Pengetua dan Guru Besar,” katanya.

Dr Mohd Arifin yang juga Exco Pendidikan Sabah berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis penyerahan BAP bagi tahun 2024 di dewan sekolah SK Malawa dekat sini, baru-baru ini.

Pada majlis itu, sebanyak 24 Pejabat Pendidikan Daerah menerima cek BAP dan peruntukan lebih RM67 juta melibatkan 1,298 sekolah rendah dan menengah di Sabah.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) turut menyediakan pinjaman dan biasiswa kepada pelajar yang melanjutkan pelajaran di dalam dan luar negara dan keutamaan akan diberikan kepada pelajar cemerlang tanpa mengira kaum.

“Kerajaan negeri memperuntukkan sejumlah besar wang untuk pembangunan modal insan berasaskan pendidikan STEM, menjalani kursus dan latihan kemahiran dalam bidang teknologi, teknikal, perdagangan dan TVET,” katanya.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Operasi Sekolah) Azman Adnan, Pengarah Jabatan Pendidikan Sabah Datuk Raisin Saidin, Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Muddin Beting dan pegawai kanan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.