Bantuan Awal RM10,000 Kepada Setiap Keluarga Mangsa Nahas Helikopter – Khaled Nordin

24 Apr 2024 • 8:39 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Kerajaan bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas helikopter di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, pada Selasa.

Menerusi satu kenyataan, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, bantuan tersebut bagi meringankan beban yang ditanggung oleh waris.

Bantuan untuk keluarga mangsa nahas helikopter

image is not available

“Kementerian Pertahanan (MINDEF) juga telah menubuhkan Tabung Khas bagi memudah orang ramai untuk turut menghulurkan sumbangan kewangan kepada keluarga mangsa.

“Segala kos perjalanan terakhir yang meliputi penerbangan ihsan dan pengurusan jenazah ditanggung sepenuhnya oleh Angkatan Tentera Malaysia,” katanya hari ini.

Sementara itu, Mohamed Khaled berkata, Lembaga Siasatan diarah untuk menyerahkan laporan awal dalam tempoh 14 hari bekerja, manakala laporan penuh perlu diberikan dalam tempoh 30 hari bekerja.

image is not available

Terdahulu, dua helikopter TLDM iaitu pesawat Fennec (M502-6) dan pesawat HOM (M503-3) bertembung sebelum terhempas di Pangkalan TLDM Lumut pagi semalam.

Nahas ketika melakukan raptai sempena sambutan Hari Ulang Tahun TLDM itu membabitkan 10 mangsa terdiri daripada tujuh kru dan tiga penumpang yang meninggal dunia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved