Bantuan banjir Penampang diagih secara berperingkat

LocalEnvironment
7 Aug 2025 • 8:02 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sabah Publishing House Sdn Bhd

PENAMPANG: Seramai 3,293 ketua isi rumah yang terjejas akibat banjir di daerah ini antara 30 Jun hingga Julai tahun lalu mula menerima bantuan kewangan di bawah program Bantuan Wang Ihsan (BWI) Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick, berkata pengagihan bantuan berjumlah lebih RM3 juta itu dilaksanakan secara berperingkat mulai hari ini hingga Jumaat di Dewan KDCA, Penampang dengan kerjasama Majlis Daerah Penampang.

“Bantuan ini bukan untuk menggantikan segala kerugian, trauma atau kesusahan yang dialami, tetapi ia mencerminkan usaha bersama pelbagai pihak dalam menyokong mereka yang terjejas,” katanya.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Beliau berkata pengagihan bantuan itu merupakan hasil kerjasama rentas agensi melibatkan kepimpinan dan penjawat awam daripada pelbagai kementerian, agensi dan jabatan bagi memastikan dana sampai kepada yang layak.

Ewon turut menggariskan beberapa inisiatif yang sedang dilaksanakan bagi menambah baik pengurusan bencana serta mengurangkan impak banjir di Penampang.

Ini termasuk pemasangan sistem siren amaran awal di kampung-kampung yang sering terjejas seperti Kg Kodundungan, Nambazan, Penampang Proper, Putaton, Kolopis dan Sugud.

Selain itu, sebanyak 21 bangunan termasuk sekolah, dewan masyarakat dan gereja di kawasan berisiko tinggi dicadangkan untuk diwartakan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Beliau turut menekankan kepentingan pelaksanaan kerja mitigasi banjir yang sedang berjalan di bawah Pakej 1 dan 3, dengan beberapa projek tambahan dalam perancangan bagi menyokong dan melengkapkan keseluruhan usaha mitigasi.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dengan kerjasama majlis terus menjalankan kerja penyelenggaraan sungai dan sistem saliran sebagai sebahagian daripada pelan jangka panjang bagi mengurangkan risiko banjir berulang.

“Dengan usaha ini dan sokongan semua pihak berkepentingan, kita berharap dapat mengurangkan risiko kejadian banjir besar pada masa hadapan,” katanya.