Bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz berpendapat bahawa pelaburan kewangan 100 juta pound (anggaran RM601 juta) daripada CGF bagi menyokong perancangan menganjurkan edisi 2026 akan mengurangkan beban kewangan menganjurkan temasya sukan itu selain dapat memberi ruang kepada perkara-perkara lain.



