Bantuan Khas Kewangan penjawat awam Pahang dibayar 20 Feb

7 Feb 2024 • 4:56 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUANTAN: Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak satu setengah bulan dengan minimum RM2,000 kepada penjawat awam negeri Pahang dibayar secara sekali beri pada 20 Feb ini.

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (gambar) berkata keputusan itu dicapai pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Pahang hari ini, dan jumlah keseluruhan peruntukan bagi BKK sebanyak RM39.6 juta.

BKK telah diumumkan dalam pembentangan Belanjawan Pahang 2024 pada 4 Dis lepas dan melibatkan 8,000 penjawat awam di negeri itu.

“Semoga dengan pembayaran BKK ini, penjawat awam Pahang lebih bersemangat melaksanakan setiap tugas yang diamanahkan bagi memastikan pengurusan kerajaan negeri lebih dinamik, mampan serta berdaya saing,“ katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Wan Rosdy juga berharap semua penjawat awam negeri berbelanja dengan bijak dan tidak boros. -Bernama