Bantuan khas RM300 GRS bukan ‘gula-gula’ – Armizan

LocalPolitics
20 Jan 2025 • 12:45 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Iskandar Dzulkifli

PAPAR: Ahli Parlimen Papar, Datuk Armizan Mohd Ali menafikan dakwaan bahawa Bantuan Khas RM300 diperkenalkan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) adalah ‘gula-gula’ bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN17) akan datang.

Beliau yang juga Timbalan Setiausaha Agung GRS berkata, sebaliknya inisiatif yang dilaksanakan tahun ini, itu sememangnya untuk membantu golongan miskin dan miskin tegar di Sabah.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Katanya, terdapat pelbagai bantuan lainnya yang telah disalurkan sebelum ini tanpa menunggu dekat PRN17 malah tidak pernah dilaksanakan kerajaan sebelumnya seperti Rumah Sabah Maju Jaya (SMJ), bantuan pendidikan dan banyak lagi.

“(Bantuan Khas ini) tidak hanya muncul masa pilihan raya..ini adalah inisiatif baharu tahun ini, sebelumnya, rumah SMJ kita telah buat termasuk bantuan pendidikan yang kita tidak tunggu pun dekat pilihanraya.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Semua yang kita beri kepada rakyat ini adalah susulan daripada peningkatan pendapatan kerajaan negeri di bawah GRS yang telah membawa kestabilan walaupun belum sepenggal mentadbir Sabah.

“Ini adalah pencapaian GRS yang tidak dibuat orang lain sebelum ini termasuk pihak yang mencari salah kita dengan mengatakan ia adalah ‘gula-gula’ PRN kerana mereka terjejas dengan prestasi kita,” katanya selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Kinarut Palm City oleh Kumpulan WSG, di sini, Ahad.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Armizan yang Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup berkata, pelbagai bantuan kerajaan GRS itu akan menjadi program tahunan sekiranya rakyat terus beri kepercayaan kepada Hajiji selepas PRN17.

Beliau percaya pendapatan kerajaan negeri di bawah GRS selepas ini akan bertambah seterusnya dapat dikembalikan kepada rakyat dalam bentuk pelbagai bantuan dan program.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Contohnya, Bantuan Khas RM300 ini yang sudah tentu akan banyak membantu meringankan sedikit beban golongan sasar, ditambah lagi dengan bantuan daripada kerajaan persekutuan.

“Seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (Sara) yang Alhamdulillah belum menyelesaikan semua masalah tetapi mengurangkan beban rakyat khususnya golongan miskin dan miskin tegar,” katanya.