Bantuan Raja Sehari RM1,000 pasangan pengantin di Johor termasuk pemastautin, ini syarat mohon

13 Jul 2022 • 2:11 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

BANTUAN diberikan kepada raja sehari sebanyak RM1,000 di bawah Bantuan Kasih Bangsa Johor bermanfaatkan meringankan beban pasangan muda yang mendirikan rumah tangga.

Perkahwinan impian ialah permulaan bagi kebahagiaan sesebuah pasangan. Bagaimanapun, kenaikan kos hidup di negara akhir-akhir ini sedikit sebanyak menghimpit kehidupan pasangan muda.

Oleh itu, lebih banyak bakal pengantin memilih untuk berjimat cermat dalam merancang majlis perkahwinan mereka dan mengambil kira perbelanjaan selepas berkahwin.

image is not available
Kredit foto: Canva

Bagi anda anak jati Johor Darul Takzim atau bermastautin di negeri tersebut, permohonan Bantuan RM1,000 Raja Sehari di bawah Bantuan Kasih Bangsa Johor dibuka sejak 1 Jun 2022 dengan beberapa syarat seperti berikut;

Syarat permohonan Bantuan Raja Sehari Orang Islam ialah seperti berikut;

-Berumur 40 tahun ke bawah
-Pertama kali berkahwin
-Mempunyai pendapatan RM5,000 dan ke bawah
-Bermastautin lebih tiga tahun di negeri Johor
-Perkahwinan bermula 14 April 2022 hingga 31 Disember 2022

image is not available
Kredit foto: Canva

Dokumen diperlukan:

-Kad pengenalan suami dan isteri
-Slip pendapatan suami dan isteri. Jika tiada, dapatkan akaun pendapatan daripada ketua kampung atau penghulu
-Akuan Mastautin daripada ketua kampung dan penghulu
-Surat pengakuan nikah

Anda hanya perlu mengisi borang dan menghantar dokumen lengkap ke mana-mana Pejabat Kadi Daerah berdekatan. Anda boleh menyemak permohonan dan kelayakan di kaunter.

image is not available
Kredit foto: Canva

Bagi pemohon yang berjaya, pembayaran akan dikreditkan ke akaun ketua keluarga. Setiap pasangan hanya layak menerima bantuan ini sekali sahaja.

Jumlah yang diperuntukkan untuk bantuan ini ialah sejumlah RM10 juta dan menyasarkan 10,000 orang penerima.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, anda boleh menghubungi Jabatan Agama Islam Negeri Johor dan Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Johor.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.