
27,000 Pelajar Dah Mohon RM1,200 BKK, Anda Bila Lagi? Tarikh Tutup 1 Jun Ini
Bantuan RM1.2K Untuk Pelajar Sarawak, Lebih Separuh Pelajar Masih Belum Mohon. Kalau korang student asal Sarawak dan tengah struggle dengan duit makan, nota kuliah dan tambang bas balik kampung — ada berita best ni!
Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Dato Sri Roland Sagah umumkan bahawa lebih 27,000 pelajar dah mohon Bantuan Khas Kewangan (BKK) yang bernilai RM1,200, setakat 24 Mei 2025.

Gambar sekadar ilustrasi.
Tapi, jumlah sebenar pelajar yang layak sebenarnya 60,220 orang. Jadi, masih ramai yang tak apply lagi.
Tunggu Apa Lagi? Tarikh Tutup 1 Jun 2025!
Kalau korang:
✅ Anak jati Sarawak
✅ Belajar secara sepenuh masa di IPTA/IPTS seluruh Malaysia
✅ Tak kira income mak ayah berapa
Korang boleh claim duit poket tahunan RM1,200 ni. Macam mana tak best?
“Ini bukan sekadar bantuan kewangan. Ia juga pelaburan untuk kemajuan sosial, ekonomi dan pendidikan masyarakat,” kata Dato Sri Roland dalam Sidang DUN Sarawak, menurut laporan media tempatan.
Selain Duit, Dapat Juga Laptop & Baucar Buku
Setakat ni, 9,581 laptop dan 3,015 baucar buku telah diagihkan pada pelajar Sarawak.
Kalau korang pelajar tahun pertama dari keluarga berpendapatan per kapita bawah RM1,500, dan belajar di mana-mana IPT diiktiraf KPT — boleh mohon laptop percuma.
Nak tahu caranya? Daftar dulu kat sistem My-Yayasan — baru boleh apply semua skim ni.
Yayasan Sarawak Akan ‘Push’ Promosi Habis-Habisan
Tahun ni, kerajaan negeri akan berkerjasama dengan Yayasan Sarawak untuk promosi bantuan pelajaran ni lebih agresif — supaya tiada pelajar Sarawak yang tertinggal.
Jadi, tag kawan-kawan korang yang tengah belajar dan share info ni. Duit poket RM1,200 tu boleh buat banyak benda wei — tak nak rugi.
Baca juga artikel yang berkaitan dengan insentif kerajaan Sarawak untuk pelajar:


