Bantuan Saguhati Hafazan 2026 Pahang: Syarat & Cara Mohon

LocalPersonal Finance
3 Mar 2026 • 11:52 AM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) telah membuka permohonan bagi Bantuan Saguhati Hafazan 2026 yang boleh dipohon menerusi https://zakat4pengajian.muip.gov.my.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai bantuan ini.

image is not available

Mengenai Bantuan Saguhati Hafazan

Bantuan saguhati kepada para penghafaz al-Quran ini bertujuan untuk menggalakkan masyarakat Negeri Pahang menghafaz dan memelihara al-Quran.

Di samping itu, bantuan ini juga adalah untuk menghargai serta mengiktiraf usaha, komitmen dan sumbangan mereka yang istiqamah membaca dan menghayati al-Quran demi kepentingan agama.

Bantuan kepada penghafaz Al-Quran ini diagihkan melalui Asnaf Fisabilillah berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak MUIP.

Tarikh Permohonan

Tarikh permohonan bantuan ini dibuka adalah pada 2 Mac sehingga 30 April 2026.

Kategori Juzu’

Kategori juzu’ yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  • 5 juzu’
  • 10 juzu’
  • 20 juzu’
  • 30 juzu’

Syarat Permohonan

Syarat permohonan untuk memohon adalah seperti berikut:

  1. Bermastautin di Negeri Pahang (Alamat MyKad pemohon serta ibu bapa/penjaga beralamat di Pahang).
  2. Telah menghafaz sekurang-kurangnya 5 juzu’ (bermula juzu’ 1) dan ke atas.
  3. Pemastautin negeri Pahang yang belajar dalam negara layak memohon.
  4. Lulus ujian hafazan dalam sesi temuduga oleh panel yang dilantik oleh MUIP.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan, sila daftar dan mohon menerusi pautan https://zakat4pengajian.muip.gov.my.

Semua permohonan hanya diproses secara atas talian sahaja dan penghantaran dokumen perlu dimuat naik secara digital.

Soalan Lazim

Apakah yang dimaksudkan Bantuan Saguhati Hafazan ini?

Bantuan ini khusus kepada para penghafaz di Negeri Pahang bagi menggalakkan masyarakat Negeri Pahang menghafaz dan memelihara al-Quran serta menghargai serta mengiktiraf usaha, komitmen dan sumbangan mereka yang istiqamah membaca dan menghayati al-Quran.

Bilakah tarikh permohonan dibuka?

Tarikh permohonan dibuka mulai 2 Mac sehingga 30 April 2026.

Apakah kategori juzu’ yang boleh memohon?

Kategori juzu’ adalah seperti berikut:
– 5 juzu’
– 10 juzu’
– 20 juzu’
– 30 juzu’

Adakah saya akan ditemuduga untuk menerima bantuan ini?

Ya. Individu akan ditemuduga oleh panel yang dilantik oleh MUIP.

Bagaimanakah cara untuk memohon bantuan ini?

Permohonan boleh dibuat menerusi pautan https://zakat4pengajian.muip.gov.my.

Info Lanjut

Info lanjut mengenai bantuan ini, sila layari laman web https://zakat4pengajian.muip.gov.my.

Baca juga: Permohonan Sijil Tahfiz Malaysia (STM) 2026

View Original Article