Bantuan Sara berkesan kurangkan beban rakyat

LocalPolitics
18 Jan 2025 • 4:33 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Azmie Lim

LAHAD DATU: Penyaluran Sumbangan Asas Rahmah (Sara) kepada rakyat dilihat sebagai satu pendekatan yang sangat berkesan bagi membantu penerima.

Beberapa penerima yang ditemui berkata bantuan yang diterima akan digunakan untuk membeli barangan keperluan asas serta barangan keperluan anak-anak.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Surirumah, Salviah Durahim berkata, dia merancang untuk menggunakan bantuan Sara bagi membeli barangan keperluan asas seperti makanan dan barangan keperluan diri dan anak-anak.

“Bantuan ini juga, akan saya gunakan untuk membeli barangan keperluan untuk anak-anak bersekolah serta barangan rumah seperti sabun cuci kain dan sebagainya,” katanya.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Bagi Asnawi Ahmad, bantuan Sara yang diterima akan digunakan untuk membeli kelengkapan persekolahan anak-anaknya.

Asnawi yang bekerja sendiri berkata, bantuan ini sangat membantu, terutamanya dalam menampung perbelanjaan keluarga.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Bantuan ini digunakan untuk membeli alat tulis, buku dan sebagainya. Bantuan ini dapat membantu keluarga saya,” katanya.

Sementara itu, bagi penerima Sara kategori bujang, Muhammad Afiq As-Siddiq Amin berkata, bantuan yang diterima akan digunakan untuk membeli keperluan asas.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); Katanya, selain makanan, bantuan ini juga akan digunakan untuk membeli ubat-ubatan.

“Bantuan ini sangat membantu. Saya akan gunakan bantuan ini untuk membeli makanan, barangan keperluan harian dan ubat-ubatan,” tambahnya.

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan bahawa bantuan Sara yang sebelum ini melibatkan penerima di Semenanjung Malaysia, diperluaskan ke Sabah dan Sarawak.

Melalui bantuan Sara, penerima akan menerima bantuan melalui MyKad secara bulanan. Kadar bantuan Sara ditingkatkan dengan isi rumah miskin dan miskin tegar dalam rekod eKasih bakal menerima RM2,100 untuk 2025 berbanding RM1,200 pada 2024.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini mengumumkan bahawa inisiatif Sara ini merupakan pendekatan bantuan bersasar dengan sebahagian pertambahan hasil negara, serta penjimatan daripada perbelanjaan subsidi diagihkan semula bagi membantu mereka yang benar-benar memerlukan.

Penyaluran Sara melalui MyKad juga adalah secara bersasar dengan mekanisme itu memastikan golongan miskin menerima manfaat dalam bentuk barang asas, termasuk makanan asas.