Pada Februari 2025, kerajaan Malaysia telah mengagihkan bantuan Sara Untuk Semua satu-kali bernilai RM100 kepada semua rakyat Malaysia yang boleh digunakan untuk membeli pelbagai jenis keperluan asas harian sebagai sebahagian daripada program bantuan kewangan Sumbangan Asas Rahmah yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan.
Terkini, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II telah mengumumkan di Dewan Rakyat bahawa bantuan Sara Untuk Semua pada tahun ini akan diagihkan kepada semua rakyat Malaysia pada 9 Februari 2026, dan akan menggunakan mekanisma sama dan boleh dimanfaatkan untuk membeli barang keperluan seperti makanan dan lain-lain lagi.

Rakyat Malaysia boleh ke laman web MyKasih untuk menyemak kelayakan anda, dan sekiranya anda layak, wang tersebut akan dimasukkan melalui MyKad anda dan boleh digunakan pada pelbagai kedai runcit yang disenarai melalui laman web Sumbangan Asas Rahmah di seluruh Malaysia bermula tarikh tersebut.

