Bantuan sekolah MBI dibuka mulai esok, mohon di pejabat DUN

31 Oct 2022 • 2:28 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 31 OKT: Permohonan bantuan Kembali ke Sekolah bawah Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI kepada murid sekolah rendah dibuka mulai esok.

Ketua tanggungjawab sosial korporatnya memaklumkan inisiatif tunai bernilai RM100 diperuntuk kepada 300 penerima bagi setiap Dewan Undangan Negeri (DUN).

Ahmad Azri Zainal Nor berkata permohonan boleh dibuat di pejabat DUN berhampiran kediaman masing-masing sehingga hujung November dengan agihan dijangka awal Disember.

“Kali ini diutamakan kepada keluarga yang tidak mendapat bantuan daripada Kerajaan Negeri seperti Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor, tajaan Yayasan Warisan Anak Selangor atau Lembaga Zakat Selangor,” katanya ketika dihubungi.

Beliau turut memaklumkan had pendapatan pemohon ditetapkan bawah RM4,000 untuk permohonan sesi persekolahan tahun depan berbanding RM2,500 sebelum ini.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved