Bantuan Syukur: 433 penerima tiada akaun bank dibantu

LocalPolitics
1 Mar 2025 • 3:15 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Iskandar Dzulkifli

PAPAR: Bagi membantu 433 penerima bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah (Syukur) yang tidak mempunyai akaun bank, pihak Parlimen Papar mengambil inisiatif bekerjasama dengan Bank Rakyat.

Ahli Parlimennya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, pihaknya bersama Pejabat Unit Pegawai Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kawang, Pantai Manis dan Limbahau telah bekerja keras membantu penerima dalam proses membuka akaun bank tersebut.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Sejak beberapa hari lepas kita telah bekerja keras mengesan dan membuat panggilan telefon kepada penerima terbabit untuk bantu mereka membuka akaun bank di Bank Rakyat agar bantuan dapat disalurkan segera.

“Kita berharap data akaun bank semua 433 penerima Syukur ini telah didaftarkan dan seketariat Sabah Maju Maju (SMJ) juga memberi jaminan akan memasukkan wang bantuan dalam tempoh tujuh hari.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Sementara itu, jumlah keseluruhan penerima Syukur di Parlimen Papar adalah seramai 1,544 KIR,” katanya selepas merasmikan Program Advokasi Sara Hidup Dan Pembukaan Akaun Bank Penerima Bantuan Syukur Parlimen Papar, di sini, Khamis.

Armizan yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berkata, bantuan diperkenalkan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) itu menepati laporan Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef).

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Katanya, usaha kerajaan negeri itu bertambah mantap dengan inisiatif dilaksanakan KPDN dalam inisiatif Kawalan Harga Barangan sekaligus menjadi polisi perlindungan sosial golongan rakyat berpendapatan rendah.

“Kita dapat lihat pelbagai usaha murni dilaksanakan Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor untuk kepentingan rakyat, Syukur adalah salah satu daripadanya.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Di bawah agenda SMJ, bantuan pendidikan turut disalurkan untuk anak-anak kita dari peringkat sekolah rendah hingga ke pengajian tinggi, bantuan Rumah SMJ untuk rakyat miskin dan berbagai lagi inisiatif,” katanya.