Bantuan Terus Diberi Kepada Rakyat Meskipun Tidak Melalui Ahli Parlimen - PM

LocalPolitics
6 Mar 2023 • 5:19 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Anwar Ibrahim melawat reruai pameran kraf pada majlis perasmian Hari Kraf Kebangsaan (HKK) 2023 di Kompleks Kraf Kuala Lumpur hari ini. - Gambar Bernama

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan menyalurkan semua bantuan terus kepada golongan yang memerlukan termasuk mangsa banjir meskipun ia tidak disalurkan melalui Ahli Parlimen.

Mengambil contoh peruntukan RM50 juta untuk keperluan banjir di Johor, Anwar yang juga Menteri Kewangan menjelaskan ia disalurkan kepada mangsa banjir dan bukannya kepada negeri yang terkesan akibat bencana itu.

“Macam di Johor, RM50 juta diberi kepada yang memerlukan.   

Peruntukan Parlimen walaupun belum sampai pada Ahli Parlimen, ia (bantuan) sampai ke bawah (rakyat),” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Pameran Hari Kraf Kebangsaan 2023 di Kompleks Kraf di sini, hari ini.

Anwar berkata demikian ketika mengulas cadangan Ahli Parlimen Pagoh Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meminta kerajaan memberikan peruntukan sekurang-kurangnya RM300,000 kepada semua Ahli Parlimen termasuk daripada pembangkang bagi membolehkan mereka menyalurkan bantuan segera kepada mangsa banjir di kawasan masing-masing. - Bernama