Bantuan tunai, beg sekolah dan gunting rambut untuk pelajar Kapayan

20 Jan 2024 • 12:41 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

PENAMPANG: Adun Kapayan Jannie Lasimbang menyerahkan bantuan wang tunai, 800 beg sekolah dan gunting rambut percuma kepada pelajar memerlukan di kawasannya di bawah program ‘Back to School’.

Seramai 160 pelajar dari lapan sekolah termasuk dua sekolah menengah menerima bantuan wang tunai dan beg sekolah dalam program yang diadakan di dewan Taman Nosoob di sini Jumaat.

Jannie berkata, program ‘Back to School’ yang bertujuan membantu keluarga memerlukan dengan anak yang masih bersekolah, turut menawarkan guntingan rambut percuma untuk 500 pelajar pertama di lima kedai gunting rambut yang sudi menyertai program itu.

Ia termasuk dua kedai gunting rambut di Donggongon, satu di Beverly Hills, satu di Penampang Baru dan satu di kawasan Kepayan Rumah Murah yang akan bermula minggu depan dari 23 Jan hingga 4 Feb, kata Jannie.

SPONSORED CONTENT RM20bil green steel project: Sabah on its way to adopting green technology, says Hajiji Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said Sabah is well on its way to fully adopting the green technology revolution with a RM20 billion green steel project at the Sipitang Oil and Gas Industrial Park (Sogip). Read more “Selain program Back to School ini, pejabat saya juga akan mengagihkan bantuan kewangan kepada 220 penduduk di kampung dan pekan di Kapayan melalui Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Jawatankuasa Kemajuan Bandar (JKDB).

“Sumbangan ini bertujuan untuk meringan beban individu yang sakit, memberikan sokongan, motivasi dan inspirasi kepada mereka dalam menguruskan kesihatan mereka atau mengejar matlamat hidup mereka,” katanya.

Turut hadir wakil Pejabat Parlimen Penampang Richard Chong, Pegawai Kemajuan Masyarakat Kenneth Wong dan Jainuddin Haji Ab Rashid, Pemaju Mukim dari Pejabat UPPM N25 Kapayan serta pegawai dari Pejabat Adun Kapayan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.