Bantuan tunai sekali-bayar bagi 643 peniaga tepi jalan

LocalBusiness & Finance
9 Jul 2025 • 10:24 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Hayati Dzulkifli

Kota Kinabalu: Seramai 643 peniaga tepi jalan berlesen di seluruh Sabah dikenal pasti layak menerima bantuan tunai khas sekali-bayar sebanyak RM5,000 setiap seorang, membabitkan jumlah RM3.215 juta setakat April tahun ini.

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Isnin Aliasneh, berkata inisiatif itu bertujuan menyokong kelangsungan perniagaan kecil, berdasarkan kriteria yang diluluskan oleh Jemaah Menteri Negeri dalam mesyuarat pada 19 Mac lalu.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Adun Dilantik, Datuk Amisah Yassin, yang meminta penjelasan mengenai agihan bantuan tersebut, termasuk di daerah Ranau.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Menurut Isnin, Kementerian Kewangan Negeri menyalurkan peruntukan berkenaan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) berdasarkan jumlah penerima layak di kawasan masing-masing.

Katanya, dana sekali-bayar itu akan disalurkan terus kepada peniaga kecil berlesen yang layak menerima bantuan.

“Bantuan RM5,000 secara sekali-bayar ini menyasarkan peniaga kecil berlesen yang berniaga di tepi jalan di seluruh negeri bagi membantu mereka meneruskan perniagaan,” katanya.

Menjawab soalan tambahan daripada Amisah, Isnin memaklumkan bahawa peniaga wanita juga boleh memohon bantuan ini dengan syarat mereka mempunyai lesen sah yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan, termasuk Majlis Daerah.

View Original Article