Banyak aksi angkat penyanyi, netizen samakan THSS dengan persembahan sarkas?

Music
27 May 2024 • 10:55 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Netizen samakan THSS dengan persembahan sarkas kerana program itu hanya mementingkan tarian peserta dan tidak mementingkan vokal penyanyi.

Menerusi beberapa komen dalam hantaran mengenai pertandingan itu di Facebook Media Hiburan dan Instagram Astro Gempak, netizen yang menyuarakan rasa kurang senang dengan pertandingan realiti nyanyian Astro, THSS atau The Hardest Singing Show.

Netizen samakan THSS dengan persembahan sarkas?

image is not available

Menurut warga maya, pertandingan itu kelihatan seperti persembahan di dalam sarkas kerana pesertanya banyak melakukan aksi lagak ngeri seperti diangkat atas bahu dan melompat dari tempat tinggi.

Komen netizen samakan thss dengan persembahan sarkas

image is not available

Tak habis melompat sana sini, macam sarkas

image is not available

Terkinja-kinja macam monyet

image is not available

60% Hindustan, 40% sarkas

image is not available

Warganet juga berpendapat agak sukar untuk mendengar suara nyanyian peserta program itu kerana mereka lebih mementingkan kemahiran menari berbanding menyanyi.

Dorang tak faham konsep hardest singing

image is not available

1 peratus je nyanyi

image is not available

Tak dengar vokal langsung, banyak menari

image is not available

Program yang telah bermula pada 12 Mei itu turut menerima banyak kecaman sejak tayangan pertamanya kerana konsep yang kurang bersesuaian dengan budaya di Malaysia.

Semakin merepak program

image is not available

Takde manfaat, macam monyet

image is not available

Namun begitu, masih ada warganet yang menyuarakan sokongan mereka terhadap pertandingan itu terutama terhadap peserta pilihan mereka.

Mantap!

image is not available

Kalau pentas besar, lagi kemas

image is not available

Persembahan terbaik!

image is not available

Jelas kesungguhan nak jadi best performer

image is not available

Sekadar info, THSS merupakan pertandingan terbaharu daripada Astro yang mana ia memfokuskan kreativiti peserta sebagai eleman utama dalam pemarkahan.

Program itu akan berlangsung selama 10 minggu dan dihoskan oleh penyampai radio dan pengacara Nabil Ahmad bersama dengan pelawak popular Indonesia, Rina Nose.

Persembahan setiap peserta akan diadili 100 peratus daripada pemarkahan oleh barisan panel juri profesional iaitu Edry Abdul Halim, Datuk Rossa dan Zizan Razak setiap minggu.

image is not available

Terdahulu, pertandingan ini disertai 10 orang penyanyi iaitu Datin Alyah, Kaka Azraff, Epul Roza, Aisha Retno, Stacy, Zizi Kirana, Putera Muhammad, Ayda Jebat, Naim Daniel dan kumpulan De Fam.

Namun begitu, Naim Daniel menarik diri daripada pertandingan itu pada saat akhir tanpa memberikan penjelasan kepada pihak pengurusan THSS.

Menurut Naim sendiri, dia akan memberikan kenyataan rasmi mengenai penarikan dirinya daripada pertandingan itu selepas semuanya sudah selesai.

Banyak aksi lasak, samakan THSS dengan persembahan sarkas?

image is not available

Walaubagaimanapun, pihak penganjur THSS tetap meneruskan pertandingan tersebut dengan sembilan peserta tanpa mencari pengganti Naim.

Sumber: Facebook Media Hiburan, Instagram Astro Gempak